KUALA LUMPUR – Syarikat pengeluar telekung, Butik Al Ajmal mengagihkan 1,000 pasang pakaian itu menerusi projek infak dan sedekah kepada mangsa-mangsa banjir.
Pemiliknya, Rozita Mat Reshad berkata, agihan itu bertujuan menggantikan telekung-telekung yang rosak dan tidak boleh digunakan untuk dibawa ketika bersolat.
Jelas beliau, projek infaq itu diharap dapat memberi kegembiraan kepada mangsa banjir, sekali gus dapat mengurangkan kos membeli telekung baharu.
“Kami menjemput umat Islam yang masih ingin berinfak mahu pun bersedekah kepada mangsa banjir dengan membeli telekung di Butik Al Ajmal.
“Bagi yang berinfak, wang itu akan digunakan untuk membeli keperluan pakaian solat ini untuk diagihkan kepada mereka yang kurang bernasib itu menerusi kerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan atau individu.
“Kehebatan infak dan sedekah ini adalah rantaian pahala yang Allah SWT kirimkan untuk direbut umatnya apatah lagi telekung akan dipakai untuk beribadat.
“Hakikatnya usia kita pasti berakhir namun indahnya pahala ia tetap akan tetap mengalir,” katanya ketika ditemui MalaysiaGazette di butiknya di Lakefield, di sini, hari ini.
Rozita menambah, pihaknya menyediakan telekung yang berkualiti namun mengenakan harga RM69 berbanding harga asal RM89 menerusi projek infak dalam usaha menggalakkan lebih ramai masyarakat menyertainya.
Jelas beliau, ini kerana material yang digunakan adalah kain yang lembut dan halus untuk kulit selain sulaman renda kecil.
Jelas beliau, apa yang penting telekung keluarannya tidak meniru jenama popular dan ia diperbuat di Indonesia.
“Selain itu, telekung ini juga mudah di bawa ke mana-mana kerana materialnya tidak menggunakan banyak ruang untuk beg dan tidak mudah renyuk serta lebih ringan.
“Malah kualitinya turut mementingkan bahagian di kepala yang bergetah di mana tidak perlu memakai inner lagi kerana anak rambut tidak akan keluar di mana saiznya mengikut muka.
“Pada masa sama, double lining memang direka hingga paras dada gara ia tidak jarang dan lebih yakin menutup aurat.
“Justeru kami memang komited untuk mengeluarkan telekung yang berkualiti tinggi walaupun untuk infak atau sedekah agar mangsa banjir yang memakai akan berasa puas dan gembira ketika memakainya,” katanya.
Sementara itu, orang ramai yang ingin menyertai projek infak telekung Butik Ajmal boleh menghubungi talian 01136502382 . – MalaysiaGazette