Home Sukan EPL: Man City kekal di puncak liga

EPL: Man City kekal di puncak liga

Kevin de Bruyne membuka jaringan Manchester City ketika menewaskan Leicester City 6-3 di Stadium Etihad awal pagi tadi. Foto Sky Sports.

LONDON – Manchester City kekal mendahului Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan kelebihan enam mata selepas membelasah Leicester 6-3, awal pagi tadi.

Pesta gol City di Stadium Etihad bermula dengan empat gol dalam tempoh 25 minit pertama apabila Kevin de Bruyne membuka jaringan sebelum Riyad Mahrez menyempurnakan sepakan penalti ke atas kelab lamanya.

Kelechi Iheanacho menjadikan kedudukan 4-3 selepas memanfaatkan percubaan Maddison yang ditepis Ederson tetapi sekadar terkena palang.

City bagaimanapun kembali melebarkan jurang dan memastikan tiga mata menerusi jaringan Aymeric Laporte dan Sterling.

Sementara itu, tiga daripada perlawanan Hari Boxing terpaksa ditunda akibat Covid-19 dengan Britain kembali bergelut menangani lonjakan kes yang disebabkan oleh varian Omicron.

Awal minggu ini, kelab-kelab Liga Perdana Inggeris menolak cadangan untuk menghentikan sementara liga bagi memutuskan rantaian jangkitan.

Penangguhan liga dilihat sebagai satu-satunya jalan untuk memperlahankan pemburuan gelaran keempat dalam lima musim City di mana anak buah Pep Guardiola kini memenangi sembilan perlawanan liga berturut-turut. – MalaysiaGazette