KUALA LUMPUR – Pelakon dan pemilik Pro kuya Studios, Fadzil Zahari tampil membuat permohonan maaf berkenaan satu posting yang dimuat naik membabitkan aset polis dan bomba beberapa hari lalu.
“Abang nak minta maaf buat yang terasa hati dengan posting dua hari lepas pasal kereta bot Polis dan Bomba ni, dan bagi yang komen “sindir ATM sama macam sindir YDPA”, boleh tengok semula gambaq tu takda aset ATM pun.
“Sebab niat abang sebenaqnya nak ajak sapa2 atau NGO yang berminat nak sama2 kongsi beli jentera atau aset yang seperti ni supaya kita boleh sama2 guna waktu kecemasan, itu saja,” ujarnya.
Sebelum ini, Fadzil memuatnaik hantaran di media sosialnya yang bertanya sama ada aset polis dan bomba ada dijual di Shopee telah mengundang kritikan netizen.
Dalam pada itu, Fadzil menyatakan dalam kebanyakan komen dan kecaman yang diterima, dia terkesan dengan komen tiga individu yang merupakan polis, bomba dan tentera.
“Dalam ramai2 yang dok maki hamun dan kecam tu, abang terkesan dengan komen tiga orang anggota ni, seorang Askar, seorang Polis dan seorang Bomba,
“Walaupun kita sedia tahu, anggota ni rata ratanya lasak, keras dan kasar tapi tegurannya sangat lembut dan berhemah, mungkin inilah anggota yang sama-sama dengan saya & yana ketika di Padang Jawa enam hari yang lepas, wallahualam,” ujarnya. – MalaysiaGazette