ITABUNA, Brazil – Angka kematian akibat banjir yang melanda timur laut Brazil meningkat kepada 20 orang pada hari Isnin, ketika gabenor negeri Bahia mengisytiharkan ia bencana paling teruk dalam sejarah negeri itu.
Pasukan penyelamat pula sudah bersiap sedia ketika hujan berterusan dalam beberapa hari akan datang.
Sebahagian besar Bahia, yang menempatkan kira-kira 15 juta orang penduduk telah mengalami banjir sekejap-sekejap selama berminggu-minggu, selepas kemarau panjang.
Banjir di beberapa kawasan bertambah teruk pada lewat malam Krismas dan awal Hari Krismas selepas sepasang empangan pecah menyebabkan penduduk berebut-rebut menyelamatkan diri ke tempat yang lebih tinggi.
Pasukan penyelamat berkawal dengan perahu kecil di sekitar bandar Itabuna, di selatan Bahia, mengeluarkan penduduk dari rumah mereka, termasuk beberapa yang melarikan diri melalui tingkap di tingkat dua.
Gabenor Bahia Rui Costa dalam ciapannya berkata, sebanyak 72 majlis perbandaran berada dalam keadaan kecemasan.
“Malangnya, kita sedang melalui bencana terburuk yang pernah berlaku dalam sejarah Bahia,” tulisnya. – APA