TEMRLOH – Pahang merekodkan 20 kematian setakat hari ini selepas beberapa daerah negeri di Bentong, Temerloh, Raub, Kuantan dan Pekan mengalami banjir besar pada 16 Disember lalu.
Sebanyak 11 kematian di Bentong, empat di Temerloh, dua di Kuantan dan Raub serta satu kes di Pekan sepanjang kejadian banjir di Pahang
Sehubungan itu, Polis Pahang menasihati orang ramai supaya sentiasa waspada semasa banjir dan sedar mendepani risiko yang tinggi ketika mengharungi air ketika musim bah ini.
Ketua Polis Pahang, Datuk Ramli Mohamed Yoosuf berkata, masyarakat tidak boleh menggangap banjir sebagai pesta air sama sebaliknya mengutamakan keselamatan diri dan keluarga masing-masing.
“Banjir berlaku bukan pesta seperti dan bermain air tetapi banjir ini ibarat api kecil menjadi kawan, tapi besar suka dikawal sama seperti air semakin deras ia berisiko.
“Jangan mengambil risiko untuk bersuka ria, ibu bapa kena tahu risiko sentiasa ada walau pun ada kekuatan fizikal atau kemahiran berenang kerana kemungkinan air deras menyukarkan keadaan,” katanya kepada MalaysiaGazette
Dalam perkembangan semasa, mangsa banjir di Pahang menurun kepada 11,243 berbanding 11,493 melibatkan 80 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka sehingga kini.
Manakala kesemua PPS di daerah Lipis, Jerantut dan Raub telah ditutup pada 25 Disember lalu.
Katanya, sebanyak sembilan jalan raya masih ditutup.
Setakat petang ini Sungai Paloh Inai di Pekan menunjukkan paras waspada dan Sungai Lubuk Paku di Maran masih berada di paras bahaya. – MalaysiaGazette