Home Dunia Sekolah, pawagam di New Delhi ditutup, kes Omicron meningkat

Sekolah, pawagam di New Delhi ditutup, kes Omicron meningkat

India meningkatkan ujian saringan koronavirus kepada penduduk New Delhi sejak kebelakangan ini. foto Agensi

NEW DELHI – Ibu negara India akan menutup pawagam, sekolah dan gimnasium dan memperkenalkan sekatan lain ke atas perhimpunan awam ketika jangkitan Covid berkaitan Omicron terus meningkat

Bandar itu telah melaporkan 0.5% kes positif sejak dua hari lalu dan peringkat pertama amaran Covid-19 telah bermula, kata Ketua Menteri, Arvind Kejriwal pada sidang media hari ini.

Ini juga termasuk perintah berkurung malam antara jam 10 malam hingga 5 pagi, kapasiti 50% penghuni di dalam bar dan restoran serta semua pengangkutan awam.

Kedai-kedai di pasar dan pusat membeli-belah yang menjual barangan tidak penting akan dibuka berselang hari dan sekolah hanya akan berfungsi dalam talian, menurut perintah kerajaan.

Pejabat persendirian hanya dibenarkan kehadian untuk mempunyai 50% kakitangan sahaja.

New Delhi melaporkan 331 jangkitan baharu pada Isnin, menurut buletin kesihatan kerajaan, kadar tertinggi dalam tempoh lebih empat bulan walaupun jangkitan baharu kekal rendah di peringkat nasional.

India merekodkan 6,358 kes baharu, menurut data kerajaan menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan kepada 34.8 juta. – Bloomberg