Home Nasional Lelaki maut ditetak abang kemurungan

Lelaki maut ditetak abang kemurungan

PDRM police Nilai stepfather drugs boy Tanjung Sepat Selangor Exco Raya celebration
Gambar hiasan.

JELI – Seorang lelaki maut dipercayai selepas ditetak oleh abangnya dengan sebilah pedang dalam kejadian di Kampung Sungai Rual Melayu, di sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Jeli, DSP Ahmad Arifin berkata, kejadian berlaku ketika mangsa yang berusia 30 tahun sedang memasak di dapur rumah mereka kira-kira 1.20 pagi.

“Suspek seorang buruh berusia 30-an yang dipercayai mengalami kemurungan datang dari arah belakang dan terus menetak adiknya di belakang leher dengan menggunakan sebilah pedang.

“Kejadian itu menyebabkan mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Ahmad berkata, berdasarkan siasatan awal suspek seorang duda tinggal bersama mangsa dan seorang lagi adiknya di rumah milik keluarga mereka.

“Kita masih menjalankan siasatan untuk tindakan lanjut dan kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Suspek akan direman bermula esok bagi membantu siasatan lanjut,” katanya. – Bernama