Home Utama Wanita pandu kereta laju, bawa 3 kanak-kanak ditahan

Wanita pandu kereta laju, bawa 3 kanak-kanak ditahan

KUALA LUMPUR – Seorang wanita yang memandu kereta secara merbahaya dengan membawa tiga kanak-kanak yang duduk di tepi tingkap kenderaan ditahan polis.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam laman sesewang Instagram rasminya memaklumkan pihaknya bertindak atas maklumat ekoran video tular mengenainya tular melibatkan pemandu sebuah kereta Perodua Alza yang kemudiannya ditangkap pada 28 Disember lalu.

Sebelum itu, video pemanduan secara merbahaya wanita itu  dirakam oleh pengguna jalan raya berdurasi 14 saat itu tular di media sosial.

Pasukan Risikan/ Operasi JSPT Bukit Aman yang terdiri daripada pegawai dan anggota telah menjalankan risikan dan berjaya mengesan pemilik kenderaan tersebut yang beralamat di Kajang, Selangor.

Seorang wanita yang memandu kereta secara merbahaya dengan membawa tiga kanak-kanak yang duduk di tepi tingkap kenderaan ditahan polis.

Kemudian pasukan berkenaan telah menahan wanita berkenaan dan mendapa ketiga-tiga kanak-kanak yang berada dalam keretanya semasa insiden itu merupakan anak saudaranya yang tinggal di Klang.

Kejadian berlaku semasa wanita tersebut memandu kenderaannya di Jalan Reko, Kajang pada Hari Krismas baru-baru ini.

Wanita itu ditahan polis dan dibawa ke Balai Trafik IPD Kajang untuk tindakan selanjutnya di mana siasatan dijalankan di bawah Seksyen 336 Kanun Keseksaan (Akta 574) iaitu Perbuatan yang membahayakan nyawa atau keselamatan orang lain.

Suspek juga sedang disiasat polis di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-kanak 2001 melibatkan penganiyaan, pengabaian ke atas kanak-kanak.- MalaysiaGazette