KUALA LUMPUR – Sebanyak 3,997 kes positif Covid-19 baharu direkodkan pada hari ini berbanding 3,683 kes semalam.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, berikutan itu, katanya, jumlah kumulatif kes positif Covid-19 meningkat kepada 2,754,513 kes.
Noor Hisham turut memaklumkan kadar kebolehjangkitan Covid-19 (Rt) untuk seluruh negara adalah 0.95. – MalaysiaGazette