Home MGNews MGNews : Taktik Licik Guna Bot Dan Bergerak Tengah Malam Untuk Seludup...

MGNews : Taktik Licik Guna Bot Dan Bergerak Tengah Malam Untuk Seludup Dadah Dari Sungai Golok

Polis mengesan 92 pengkalan haram di sepanjang Sungai Golok yang dijadikan sebagai lokasi perhentian dan penurunan dadah di sempadan Malaysia-Thailand.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Razarudin Husain@Abd Rasid berkata, penemuan itu diperolehi menerusi hasil risikan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) yang komited dalam menumpaskan sindiket penyeludupan masuk dadah dari negara jiran.