Home Nasional Polis buru 2 dua suspek larikan Ford Ranger Raptor dari pusat servis

Polis buru 2 dua suspek larikan Ford Ranger Raptor dari pusat servis

PDRM
Penyamun maut terkena sabit sendiri.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Sebuah kenderaan pacuan empat roda (4WD) milik pelanggan sebuah pusat servis kenderaan di Sungai Penchala, di sini, dilarikan dua individu.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Mohd Shukor berkata, satu laporan polis telah dibuat oleh pekerja pusat servis itu semalam setelah menyedari tentang kehilangan kenderaan tersebut.

Katanya, kali terakhir kenderaan tersebut dilihat adalah pada Selasa lalu jamĀ  7 petang dan ia berada dalam keadaan baik

Tambah Amihizam, menyedari kenderaan tersebut hilang, pengadu melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di premis itu dan mendapati ia dilarikan dua individu.

“Pengadu menerusi rakaman CCTV ternampak dua suspek bangsa tidak pasti telah datang menaiki sebuah kereta jenis BMW disyaki menggunakan nombor pendaftaran palsu sebelum melarikan kenderaan pacuan empat roda Ford Rangers Raptor itu.

“Kenderaan pacuan empat roda 4×4 yang hilang didaftarkan atas nama pelanggan lelaki tempatan berumur 60 tahun yang telah menghantar keretanya itu ke pusat servis berkenaan pada 22 Disember lalu untuk pemeriksaan pintu, katanya dalam kenyataan sambil menambah nilai kerugian adalah kira-kira RM150,000.

Menurut Amihizam, polis sudah mempergiatkan usaha untuk mengesan kedua-dua suspek tersebut.

Tambah beliau, kes ini disiasat di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes itu diminta menghubungi talian Hotline Polis Brickfields 03-2297 9222, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau berkunjung ke balai polis berhampiran. – MalaysiaGazette