MOSCOW – Rusia berjaya melakukan ujian terhadap sistem pertahanan udara, S-550, lapor media tempatan.
“Sistem pertahanan udara itu mampu menembak kapal angkasa, kenderaan peluru berpandu balistik dan sasaran hipersonik pada ketinggian berpuluh-puluh ribu kilometer,” kata sumber rapat Kementerian Pertahanan kepada agensi berita, TASS.
Sistem pertahanan udara S-550 pertama telah memasuki tugas pertempuran, kata sumber itu.
Pertahanan sistem peluru berpandu dan udara Rusia kini merangkumi sistem Pantsir untuk sasaran altitud rendah, kumpulan sistem S, meliputi S-350 hingga S-500, untuk sasaran jarak jauh dan S-550 bagi pertahanan di angkasa, tambah beliau seperti dipetik agensi berita, Anadolu.
Pada 15 November lalu, ketua syarikat teknologi milik Rusia, Rostec, Sergey Chemezov berkata, sistem S-550 mempunyai kemampuan mengesan sasaran jarak yang lebih jauh selain mampu memintas peluru berpandu. – Agensi