Home Nasional Kertas siasatan Long Tiger hampir selesai

Kertas siasatan Long Tiger hampir selesai

JOHOR BAHRU – Ketua Polis Johor,Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay memberitahu,
Kertas siasatan melibatkan kes Long Tiger yang melarikan diri dari lokap Mahkamah Majistret Tangkak kira-kira dua minggu lalu hampir selesai.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, berikutan itu pihaknya bersedia untuk membuat permohonan reman tambahan sekiranya diperlukan.

“Sambung reman atau tidak, ini bergantung kepada siasatan kalau belum lengkap mungkin kita akan minta sambung reman dan keadaan ini juga bergantung kepada majistret sama ada akan bagi reman tambahan atau tidak.

“Tetapi saya rasa InshaAllah, lebih kurang kita dah siapkan kertas siasatan, kes ini adalah straight forward iaitu dia melarikan diri daripada tahanan. Kita akan lihat kalau tidak cukup, kita akan minta reman tambahan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis pelancaran Santai Cycle Persatuan Keluarga Polis (Perkep) Johor 2021 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, di sini, hari ini.

Pada Selasa lalu, polis berjaya menahan suspek dalam buruan itu yang bersembunyi di rumah seorang pondan di Jalan Kuala Ketil, Sungai Petani, Kedah ketika serbuan dilakukan sepasukan anggota polis.

Seorang lelaki berperwatakan perempuan berusia 46 tahun turut dicekup dalam serbuan tersebut kerana disyaki bersubahat melindungi Long Tiger atau nama nama sebenarnya Abdul Hamim Ab Hamid, 32, sebelum dua lagi lelaki ditangkap di Batu Pahat, tidak lama kemudian.

Pada 15 Disember lalu, Long Tiger meloloskan diri melalui pintu utama Mahkamah Majistret Tangkak sebelum perbicaraan melibatkannya di bawah Seksyen 388 Kanun Keseksaan kerana pemerasan bermula.

Dia ketika itu masih mempunyai status perbicaraan di bawah Seksyen 506 kerana mengugut dan mengurung bekas pekerjanya serta kesalahan rogol di bawah Seksyen 376 di Mahkamah Sesyen Muar. – MalaysiaGazette