‘Kucing semua okay cuma sekarang selalu termenung, fobia dengan air,’ kata Kamarulzaman Mohd Ibrahim, 55, yang juga merupakan antara mangsa yang terkesan akibat banjir yang berlaku di daerah ini. Menurut Kamarulzaman yang menetap di Taman Sri Nanding, keenam-enam kucingnya itu terpaksa berpaut semalaman pada batang rod langsir selepas hampir separuh kediamannya ditenggelami air.