KUALA LUMPUR – Usahawan kontroversi, Datuk Seri Vida memohon netizen agar berhenti menyindir dan mengkritik Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun di media sosial.
“Tak baik (selalu) kutuk yang berhormat. Tolong jangan sindir,” tulisnya.
Namun rata-rata warganet menyifatkan Vida seorang yang gemar mencelah lebih-lebih lagi apabila timbul isu yang tular di media sosial.
Bukan itu sahaja, malah ada yang mendakwa usahawan berkenaan hanya ingin mencari publisiti bagi isu yang tular
“Duduk menumpang publisiti orang sahaja Mak Cik ini. Dekat mana-mana ada isu, dia selit sekali nak menumpang publisiti,” komen seorang netizen.
Baru-baru ini, Rina dikecam hebat gara-gara videonya mencuci koridor dan longkang di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang tular dalam media sosial. – MalaysiaGazette