LONDON – Pertahanan tengah Chelsea, Thiago Silva dilanjutkan kontraknya bersama juara Eropah itu selama setahun hingga penghujung musim 2022/23, umum kelab itu.
Pemain berusia 37 tahun itu menyertai Blues dari Paris Saint-Germain pada 2020 menerusi perjanjian selama setahun.
“Bermain bersama Chelsea ialah satu penghormatan dan saya tidak pernah merasakan akan bermain tiga tahun di kelab hebat ni,” kata Silva kepada laman sesawang Chelsea.
Silva membuat 56 penampilan bersama Chelsea sejak 18 bulan lalu dan berganding dengan rakan pertahanan, Antonio Rudiger dan Andreas Christensen juga akan tamat kontrak pada penghujung musim. – MalaysiaGazette