Home Nasional Covid-19: 28 kematian lagi semalam

Covid-19: 28 kematian lagi semalam

Keadaan pesakit Covid-19 yang dirawat petugas kesihatan ketika tinjauan eksklusif Malaysia Gazette di Wad Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur. Foto FAREEZ FADZIL, 04 JUN 2021.

 

KUALA LUMPUR – Sebanyak 28 kes kematian Covid-19 semalam, menjadikan jumlah kumulatif kematian kini mencecah angka 31,560.

Daripada jumlah itu, empat kes meninggal dunia di luar fasiliti hospital (BID).

Kementerian Kesihatan berkata, Pulau Pinang mencatatkan angka kematian tertinggi iaitu enam kes, diikuti Selangor (lima), Perak (empat) dan Kelantan (tiga).

Sementara, Johor, Pahang, Sabah dan Terengganu masing-masing merekodkan dua kes.

Kedah dan Sarawak pula masing-masing satu kes.

Katanya, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan Melaka, Negeri Sembilan, Perlis dan Labuan.

Sehingga lewat malam tadi, sebanyak 39,733 kes Covid-19 aktif dilaporkan dengan 265 yang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

Daripada jumlah itu 147 kes memerlukan alat bantuan pernafasan. – MalaysiaGazette