Home Sukan Kekalahan pertama Rangnick

Kekalahan pertama Rangnick

Foto The Athletic.

LONDON – Wolves meleburkan rekod tanpa kalah Ralf Rangnick sebagai pemangku pengurus Manchester United apabila jaringan tunggal Joao Moutinho memastikan kemenangan 1-0 di Old Trafford, awal pagi tadi.

LONDON – Jaringan tunggal Joao Moutinho meleburkan rekod tanpa kalah Ralf Rangnick yang menyaksikan Manchester United tewas 0-1 di tangan Wolverhampton Wanderers pada perlawanan awal pagi ini.

Kekalahan pertama kali pemangku pengurus United itu di laman sendiri, dan kenangan Wolves dalam 42 tahun terhadap pasukan itu meletakkan United kekal di tangga ketujuh Liga Perdana Inggeris, empat mata di belakang Arsenal yang menghuni tangga keempat liga.

United kini berdepan krisis kecederaan di pertahanan tengah dengan kapten, Harry Maguire, Victor Lindelof dan Eric Bailly tidak bermain yang memaksa Rangnick menurunkan Phil Jones buat kali pertama dalam perlawanan liga sepanjang dua tahun.

Namun bekas pemain antarabangsa England itu antara yang dikritik kerana persembahan kurang baik seterusnya menimbulkan persoalan sama ada mereka boleh layak ke Liga Juara-Juara musim depan.

Cristiano Ronaldo pula dinamakan sebagai kapten United hanya kali kedua selepas ketiadaan Maguire. – MalaysiaGazette