Home Utama Keputusan tangguh perjalanan ibadah umrah untuk keselamatan rakyat – PM

Keputusan tangguh perjalanan ibadah umrah untuk keselamatan rakyat – PM

postpone umrah Omicron variant Saudi Arabia Prime Minister Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob visits the flood situation at Segamat district and meets the flood victims at the Kampung Tandong Temporary Flood Evacuation Centre (PPS), Buloh Kasap, Segamat, Johor.
Prime Minister Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob visits the flood situation at Segamat district and meets the flood victims at the Kampung Tandong Temporary Flood Evacuation Centre (PPS), Buloh Kasap, Segamat, Johor. Ismail Sabri Yaakob meninjau keadaan banjir di daerah Segamat serta melakukan lawatan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Balai Raya Kampung Tandong di Buloh Kasap, di Segamat, Johor.
SEGAMAT – Keputusan Kementerian Kesihatan (KKM) menangguhkan sementara kebenaran perjalanan ibadah umrah berkuatkuasa Sabtu ini adalah demi keselamatan rakyat.
Bagaimanapun, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, laporan terperinci mengenai menangguhkan perjalanan itu akan dibentangkan kementerian berkenaan esok.
“Kementerian Kesihatan akan bentang isu Covid-19 terutama berkaitan varian Omicron dan sebagainya termasuk cadangan atau keputusan yang dibuat mengenai umrah.
“Esok kita akan dapatkan gambaran sebenar cuma saya nak maklumkan tindakan Kementerian Kesihatan lebih kepada nak jaga nyawa kita. Apa-apa pun esoklah dapat laporan terperinci,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika meninjau keadaan banjir di daerah Segamat serta melakukan lawatan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Balai Raya Kampung Tandong di Buloh Kasap, di sini, hari ini.
Hadir sama Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad
Pada Sabtu lalu, Menteri kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengumumkan penangguhan perjalanan ibadah umrah sebagai langkah pencegahan penularan dan memperlahankan berlakunya gelombang varian Omicron.
Menurut Perdana Menteri, antara perincian lain yang akan dikongsikan dalam mesyuarat esok adalah mengenai pasca banjir dan persediaan mengatasi gelombang kedua bencana itu sekiranya ia berlaku.
“Semalam saya ada mempengerusikan mesyuarat khas jawatankuasa mengenai pasca banjir dan gelombang kedua yang dihadiri semua Menteri-Menteri Besar dan Ketua Menteri.
“Kita akan bentangkan kepada Kabinet mengenai keputusan yang dicapai dalam mesyuarat khas jawatankuasa tersebut yang turut dihadiri Ketua Polis Negara dan Panglima Angkatan Tentera,” katanya. – MalaysiaGazette