Home Utama PKPD di Felda Keratong 5 bermula Khamis ini

PKPD di Felda Keratong 5 bermula Khamis ini

Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang dikenakan di Taman Rimba Mentakab, Pahang sejak 7 Februari lalu akan ditamatkan esok.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksana di Felda Keratong 5, Rompin, Pahang bermula Khamis ini hingga 19 Jan.

Ketua Pengarah Keselamatan Negara Majlis Keselamatan Negara Datuk Rodzi Md Saad berkata keputusan itu dibuat setelah meneliti penilaian risiko Kementerian Kesihatan serta trend jangkitan COVID-19 di lokaliti terbabit.

Beliau juga berkata tiada pelanjutan atau penamatan bagi mana-mana PKPD di seluruh negara hari ini.- BERNAMA