KUALA LUMPUR – Pemain baharu Barcelona, Ferran Torres dan rakan sepasukan, Pedri masing-masing disahkan positif Covid-19, umum kelab itu.
“Pedri dan Ferran Torres sah positif Covid-19. Pemain berada dalam keadaan kesihatan yang baik dan kini mengasingkan diri di rumah mereka,” kata Barca dalam satu kenyataan.
Pemain tengah, Pedri, 19, menjadi pemain utama buat Sepanyol ketika mara ke separuh akhir Kejohanan Eropah serta menang Trofi Kopa selaku pemain terbaik bawah 21 tahun pada anugerah Ballon d’Or November lalu.
Dua pemain positif itu menjadi ancaman terbaharu buat kelab Catalan itu yang berdepan masalah sama dengan kelab lain La Liga berkaitan Covid-19.
Jurulatih Xavi Hernandez gagal menangguhkan pertemuan menentang Mallorca Ahad lalu selepas mendedahkan dia kehilangan 17 pemain termasuk 10 kerana Covid-19. – MalaysiaGazette