Home Utama 16 kali siren amaran dibunyikan di Taman Sri Muda

16 kali siren amaran dibunyikan di Taman Sri Muda

Penduduk Taman Sri Muda meredah air banjir bagi mengambil barang keperluan makanan selepas berlakunya hujan berterusan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Taman Seri Muda Seksyen 25, Shah Alam, Selangor. Foto AMIRUL SHAUFIQ, 21 DISEMBER 2021. Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Sebanyak 16 kali siren amaran bahaya banjir telah dibunyikan di stesen siren Taman Sri Muda 2 pada 18 Disember tahun lalu, dedah Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS).

Selain itu siren amaran juga diberikan sebanyak enam kali di stesen siren sama.

Taman Sri Muda dan beberapa kawasan lain di Selangor dilanda banjir besar susulan hujan berterusan sejak pagi.

Katanya, siren amaran di stesen siren Taman Sri Muda 2, berbunyi bermula pukul 10.30 pagi manakala, siren bahaya pula pada 12.30 tengahari hingga 8 malam.

Bagi stesen siren di Taman Sri Muda 3 pula, ia telah dibunyikan sebanyak 10 kali dengan masing-masing siren itu adalah siren amaran dan siren bahaya.

Siren amaran di stesen tersebut bermula pukul 2 pagi hingga 7 pagi sebelum siren bahaya berbunyi pada 11 pagi hingga 4 petang.

JPS turut memaklumkan terdapat beberapa operasi banjir dijalankan di Taman Sri Muda seperti menurunkan paras air Sungai Klang yang bermula pada 20 Disember. – MalaysiaGazette

9 Komen

  1. Saya tinggal di Sri Muda, tidak ada langsung dengar siren yang dubunyikan ni!!!!! Tolong jangan buat laporan palsu!!! Pastikan kesahihan konten sebelum post!! Kalau betul ada bunyi siren 16 kali tu, ramai lagi akan bersiap sedia untuk evacuate dan selamatkan diri!! TOLONG JANGAN BUAT LAPORAN PALSU!!!!!!!

  2. Saya tingal di Sri Muda lebih kurang 35 tahun tak pernah saya dengar siren dimana-mana mahupun pada tahun 1995 ataupun kini 2021.Pihak JPS tolong beri penjelasan yang betul dan tepat mana siren-siren ini berada dan adakah ia berfungsi.Kami sebagai penduduk akan membuat laporan polis mengenai perkara ini.Terima Kasih.

  3. Rubbish. No such siren was blasted. And worst case no boats for next 2 days noticed in Jalan 25/8 at all.
    Worst ever resue effort and no coordination from the govt.

  4. Yes true, everyone from Sri muda says the same. The sirens were going off in silent mode??? The whole Sri Muda did not hear the sirens !! Impossible everyone is “deaf” !! JPS is outright lying to the public

  5. kena siasat. betul ke. bomba sure dH masuk. sebb penduduk sudah call. kerajaan negeri yg gagal kesan banjir tahap sgt bahaya. tiada keperluan tentera masuk klu setakat banjir biasa. bomba sudah pasti yg terawal masuk tapi tiada sokongan drpd kerajaan negeri. at least kerah dulu aset2 kerajaan negeri. tapi ia lah. kerajaan negeri pun tak bersedia kan. tak de dril kecemasan. tak awas sungai. tak de meeting dgn pemimpin komuniti. yb pun dpt news lambat. sebb yb pun tak bersedia kan.

  6. Rasanya penduduk Taman Sri Muda semua telah ditutup telinganya dari mendengar SIREN pada 18 Disember 2021. Penjaga pam (pekerja JPS) di kolam takungan banjir pun sama, di PEKAKkan sebab mereka juga berpindah ke SK Taman Sri Muda pada malam selepas air naik melepasi bumbung banglo dalam kawasan tu.
    Saya minta pihak JPS tolong aktifkan semula siren tersebut, atau buat test dalam masa terdekat, supaya penduduk yang di PEKAKkan dapat mengetahui bagaimana bunyi SIREN tersebut, mungkinkah hanya sekadar bunyi wisel atau cengkerik lepas hujan.
    Kebimbangan kami bukan hanya bunyi cengkerik tersebut, tetapi kadar kemasukan air ke kawasan Sri Muda yang tinggi serta kunci air yang hanya melepaskan batuk ditangga. Kononnya air dipam keluar tetapi masuk balik ikut pintu belakang, ramai pakar2 dr JPS yg boleh rujuk buku bagi menyelesaikan masalah tersebut.

  7. Jangan nak bangkit kerajaan negeri kerajaan pusat, kami rakyat Malaysia semua kerajaan bertanggungjawab. Takde siren, takde bot, takde bantuan.. kami sendiri yang bantu diri sendiri. Tengah hari pun dah naik tahap lutut. Kalau pukul 2 pagi hari Ahad air tahap mana baru nak siren.

  8. Tiada masalah bukti siren berfungsi. Mesti ada video dan audio zaman handphone ni
    Kalau tkde video itu baru tahap kampung Selangor namanya.

Comments are closed.