Home Utama Dewan Rakyat bincang kesusahan rakyat akibat banjir 20 Januari ini – PM

Dewan Rakyat bincang kesusahan rakyat akibat banjir 20 Januari ini – PM

The Special Dewan Rakyat Sitting at the Parliament in Kuala Lumpur. PIX COURTESY OF THE DEPARTMENT OF INFORMATION / 26 JULY 2021. motion of confidence motions no confidence Supply Bill 2022 Budget
Dewan Rakyat - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Dewan Rakyat akan memanggil satu mesyuarat khas bagi membincangkan mengenai kesusahan rakyat yang terkesan akibat banjir pada 20 Januari ini.

Perkara itu dinyatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang memberitahu, mesyuarat Khas Penggal Keempat Parlimen ke-14 itu turut membangkitian perkara berkaitan kepentingan negara iaitu banjir dan pasca banjir, penyelarasan bantuan kepada Keluarga Malaysia dan perancangan jangka panjang pengurusan bencana banjir.

Katanya, pelaksanaan mesyuarat khas itu telah disembah maklum dan mendapat perkenan Yang diPertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

“Mesyuarat khas ini penting untuk memberi ruang kepada kerajaan menjelaskan kepada rakyat mengenai tindakan dan perancangan kerajaan menangani isu-isu banjir,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Ujarnya, sesi berkenaan juga adalah platform terbaik untuk ahli-ahli Parlimen mendapat maklum balas tentang isu banjir.

Pada 18 Disember lepas, negara digemparkan dengan kejadian banjir di beberapa kawasan di seluruh negara.

Keadaan seumpama itu berlarutan sehingga kini yang mana masih terdapat lagi kawasan yang ditenggelami banjir. – MalaysiaGazette