PHILADELPHIA – Sekurang-kurangnya 13 orang terbunuh dan beberapa lagi cedera selepas kebakaran berlaku di sebuah bangunan pangsapuri di bandar ini.
Mereka yang maut termasuk tujuh kanak-kanak, kata seorang pegawai Jabatan Bomba Philadelphia.
Kebakaran bermula sekitar jam 6 pagi waktu tempatan (11:00 GMT) di blok perumahan awam di utara bandar itu.
Timbalan Pesuruhjaya Bomba Craig Murphy memberitahu, tragedi itu adalah kebakaran paling teruk pernah dilihatnya.
Dipercayai terdapat 26 orang di blok tiga tingkat itu ketika kebakaran tetapi lapan lapan orang sahaja yang berjaya menyelamatkan diri.
Bangunan itu dimiliki oleh Pihak Berkuasa Perumahan Philadelphia yang dibiayai oleh kerajaan, dan ia telah dibahagikan secara sah kepada dua pangsapuri sejak tahun 1950-an.
Bomba berkata, pada pemeriksaan terakhir bangunan itu pada 2020 terdapat empat pengesan asap yang berfungsi, tetapi tiada satu pun daripadanya berfungsi semasa kebakaran.
Murphy berkata, walaupun pihak berkuasa pada masa ini tidak menganggap punca kebakaran sebagai mencurigakan, namun siasatan menyeluruh perlu dilakukan kerana ia menyebabkan kehilangan nyawa. – BBC