Home Dunia Kes baharu Covid-19 meningkat mendadak, kematian berkurang di seluruh dunia – WHO

Kes baharu Covid-19 meningkat mendadak, kematian berkurang di seluruh dunia – WHO

Ibu Pejabat WHO di Geneva

GENEVA – Jumlah kes baharu COVID-19 global meningkat secara mendadak sehingga 71 peratus minggu lepas berbanding minggu sebelumnya, namun jumlah kematian berkurangan sebanyak 10 peratus, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Khamis.

WHO berkata berdasarkan data mingguan situasi pandemik, kira-kira 9.5 juta kes baharu dan lebih 41,000 kematian dilaporkan sejak 27 Dis 2021 hingga 2 Jan tahun ini, lapor Xinhua.

Semua kawasan melaporkan peningkatan kes mingguan, dengan benua Amerika merekodkan jumlah tertinggi (100 peratus), diikuti Asia Tenggara (78 peratus) dan Eropah (65 peratus).

WHO berkata meskipun Afrika masih merekodkan peningkatan jumlah kes kematian mingguan, semua bahagian lain di dunia melaporkan penurunan berbanding minggu sebelumnya.- BERNAMA