LONDON – Bintang pertahanan Manchester City Benjamin Mendy telah dibebaskan dengan jaminan selepas meringkuk dalam penjara selama empat bulan yang lalu dalam kes dakwaan lapan kes rogol dan gangguan jenayah seksual ke atas perempuan bawah umur.
Bintang Perancis berusia 27 tahun itu telah diberkas polis di sebuah kelab malam tahun lalu selepas menghadapi tujuh kes rogol dan dan satu dakwaan gangguan seksual terhadap beberapa gadis remaja.
Pada Jumaat, dia telah direman dalam lokap Altcourse HMP di Liverpool sebelum dipindahkan ke HMP Manchester yang dikenali sebagai STrangeways sebelum sambutan Hari Natal.
Pada Khamis pemain itu telah dibenarkan jamin mahkamah dengan syarat ketat oleh Hakim Patrick Thompson di Mahkamah Chester Crown dan menolak rayuan pendakwaraya yang mengemukakan permohonan melanjutkan tempoh reman terhadap Mendy.
Bagaimanapun pemberita tidak dibenarkan berada di kamar ketika sesi pendengaran ke atas Mendy.
Mendy sebelum ini dituduh melakukan lapan kesalahan terhadap lima gadis berbeza termasuk tujuh kes rogol membabitkan empat perempuan dan gangguan seksual terhadap seorang lagi mangsa wanita remaja.
Dia menghadapi tiga pertuduhan merogol yang berlaku pada 11 Oktober 2020, jenayah cabul dan gangguan seksual pada Januari tahun lalyu dan satu kes rogol pada 2 Januari 2021 dan dua lagi kes rogol terbaharu pada 23 Ogos 2021 ketika berada dalam jaminan polis
Bintang Liga Perdana Inggeris itu menyertai skuad Pep Guardiola di Etihad dari Monaco pada 2017 untuk yuran £52 juta dengan gaji £90,000 seminggu.
Kemudian rentetan kes rogol yang dihadapinya, Manchester City menggantung pemain itu pada Ogos lalu sejurus dicekup dan direman polis.
Kes pertuduhan terhadap Mendy yang patut dibawa ke mahkamah Januari ini telah ditangguhkan ke Jun 2022.
Mendy kini dibenarkan jaminan mahkamah sehingga 24 Januari ini sahaja sementara menunggu pendengaran pra-pendakwaan yang ditentukan pada 24 Jun ini.
Manakala seorang lagi pesalah iaitu rakannnya Louis Saha Matturie, 40 telahpun dituduh atas enam dakwaan rogol dan satu kes gangguan seksual terhadap perempuan.
Ia berkaitan empat laporan polis membabitkan insiden rogol terhadap wanita berusia 16 tahun yang didakwa berlaku antara Mac dan Ogos 2021. – Dailymail.com