Home Utama KPM lanjut pengecualian sewa kantin – Radzi

KPM lanjut pengecualian sewa kantin – Radzi

Pelajar dibenarkan makan di dalam kelas dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) pada Program 1st Day School PKPP di Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 7, Shah Alam. foto AFIQ RAZALI, 24 JUN 2020

KOTA BHARU – Kementerian Pendidikan (KPM) bersetuju melanjutkan pengecualian sewaan kantin bagi tempoh enam bulan bermula Januari hingga Jun 2022.

Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin berkata lanjutan pengecualian sewaan juga diberikan untuk tempoh yang sama bagi sewaan premis, kedai buku, koperasi, kedai dobi, mesin minuman air (vending machine) di sekolah di bawah KPM.

“Kita terima banyak permohonan pengusaha kantin sebelum ini yang meminta supaya diberi sekali lagi pengecualian sewaan kantin.

“Justeru, kita membuat keputusan untuk memberi pengecualian sewaan selama enam bulan termasuk premis-premis yang berada dalam sekitar sekolah,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan pengoperasian sekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Ismail, di sini hari ini.

Terdahulu, Radzi mengadakan lawatan ke Sekolah Kebangsaan (SK) Zainab 1 dan SK Zainab 2 sempena pengoperasian sekolah di Kelantan bagi Penggal 3, 2021/2022.

Berita lanjut menyusul. – MalaysiaGazette