KUALA LUMPUR – Pengusaha kantin kini dapat menarik nafas lega selepas Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bersetuju melanjutkan pengecualian sewa bermula bulan ini sehingga Jun depan.
Menurut Setiausaha Agung Persatuan Pengusaha Kantin Sekolah Malaysia (PPKSM), Siti Normah Md Desa, pengecualian yang diberikan itu sememangnya dapat mengurangkan bebanan yang ditanggung oleh seluruh pengusaha kantin di negara ini.
“Terima kasih atas keprihatinan KPM terutamanya Datuk Dr. Radzi Jidin (Menteri Kanan Pendidikan) mengenai perkara ini. Kami daripada PPKSM yang mewakili para pengusaha kantin sangat bersyukur,” katanya ketika dihubungi MalaysiaGazette hari ini.
Terdahulu, KPM bersetuju untuk melanjutkan pengecualian sewaan kantin bagi tempoh enam bulan bermula Januari hingga Jun 2022.
Artikel berkaitan:
KPM lanjut pengecualian sewa kantin – Radzi
Radzi berkata, lanjutan pengecualian sewaan juga diberikan untuk tempoh yang sama bagi sewaan premis, kedai buku, koperasi, kedai dobi, mesin minuman air (vending machine) di sekolah di bawah KPM. – MalaysiaGazette