Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) merupakan agensi di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, kata menterinya Datuk Seri Rina Mohd Harun. Jelas Rina, sebanyak RM2.2 bilion atau lebih 80 peratus daripada peruntukan belanja mengurus yang diterima kementerian itu tahun ini akan disalurkan kepada bantuan kebajikan di bawah agensi berkenaan.