Home Nasional Ura-ura digugurkan saya dengar sejak 2018 – Rina

Ura-ura digugurkan saya dengar sejak 2018 – Rina

rape jokes sexual assault offences Rina Harun Fizz Fairuz Raja Farah Raja Aziz Fauzi Nawawi Anak Halal
Rina Mohd Harun Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun.

PUTRAJAYA – Ura-ura namanya digugurkan dalam rombakan Kabinet sedikit pun tidak memberi kesan kepada kepada Datuk Seri Rina Mohd Harun.

Sebaliknya, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu berikrar untuk meneruskan tugasnya dalam kementerian tersebut.

“Saya sudah jawab beberapa kali. Kalau ikut ura-ura dari saya mula jadi menteri tahun 2018 saya sudah dengar.

“Jadi kita serah kepada pucuk pimpinan, orang boleh bercakap tapi saya kira fokus yang kita perlu berikan sekarang bagaimana nak berikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat,” katanya dalam sidang media selepas menghadiri Majlis Himpunan Bulanan kementeriannya, hari ini.

Rina berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai spekulasi kononnya tiga menteri termasuk dua Ahli Parlimen daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dijangka digugurkan daripada Kabinet selepas gagal menunjukkan prestasi baik dalam pengurusan bencana banjir.

Selain Rina, antara nama lain yang disebut-sebut untuk digugurkan adalah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Dr Abd Latiff Ahmad dan Menteri Perpaduan, Datuk Halimah Mohamed Sadique.

Menurut Rina, beliau kini fokus kepada usaha membantu masyarakat bangkit selepas penularan Covid-19 dan pasca banjir yang melanda negara baru-baru ini.

“Fokus ini yang kita perlu berikan sekarang dan ini adalah masa untuk kita semua bangkit, macam kita buat Wanita Bangkit.

“Ini masanya tahun 2022 yang mana kita kena hidup dengan Covid-19 dan kalau tidak boleh buka ekonomi, nak bekerja macam biasa dan saya kata itu fokus yang kita kena berikan,” katanya lagi. – MalaysiaGazette