Home Dunia Pesakit AS jalani pemindahan jantung babi

Pesakit AS jalani pemindahan jantung babi

xenotransplantation pig heart transplant human surgery David Bennett University of Maryland Medical Center Bartley P. Griffith
Pakar Bedah Bartley P. Griffith bergambar dengan David Bennett awal bulan ini. foto BBC

BALTIMORE – Psakit jantung Amerika Syarikat (AS) menjadi manusia pertama di dunia  menerima jantung babi yang diubah suai secara genetik.

David Bennett kini sihat selepas tiga hari menjalani prosedur eksperimen kaedah pemindahan jantung babi kepada manusia.

Prosedur itu dijalankan selama tujuh jam di Baltimore, kata doktor.

Pemindahan itu dianggap sebagai harapan terakhir untuk menyelamatkan nyawa Bennett, walaupun masih belum jelas apakah peluang jangka panjangnya untuk terus hidup.

“Ia sama ada mati atau melakukan pemindahan ini. Saya tahu ia sukar, tetapi ia adalah pilihan terakhir saya,” kata, Bennet, 57, sehari sebelum pembedahan.

Pakar Bedah Bartley P. Griffith berkata, pembedahan itu akan membawa dunia “selangkah lebih dekat untuk menyelesaikan krisis kekurangan organ”, kata Sekolah Perubatan Universiti Maryland dalam satu kenyataan.

Krisis itu bermakna 17 orang sehari di AS mati menunggu pemindahan organ, dengan lebih daripada 100,000 dalam senarai menunggu, menurut OrganDonor.gov.

Kemungkinan menggunakan organ haiwan – proses yang dikenali sebagai xenotransplantation untuk memenuhi permintaan yang telah lama dipertimbangkan dan menggunakan injap jantung babi adalah perkara biasa.

Pada Oktober 2021, pakar bedah di New York mengumumkan mereka telah berjaya memindahkan buah pinggang babi kepada seorang individu.

Pada masa itu, operasi itu adalah percubaan paling maju dalam bidang setakat ini.

Bagaimanapun, penerima mengalami mati otak tanpa harapan untuk sembuh.

Bennett berharap pemindahan ini akan membolehkannya meneruskan kehidupannya.

Dia terlantar di katil selama enam minggu sebelum pembedahan, bergantung kepada mesin yang memastikan dia hidup selepas disahkan menghidap penyakit jantung terminal.

“Saya tidak sabar untuk bangun dari katil selepas saya pulih,” katanya Bennett. – BBC