Home Nasional Siasatan terhadap Azam masih terbuka, LPPR tak halang

Siasatan terhadap Azam masih terbuka, LPPR tak halang

The Chairman of Anti-Corruption Advisory Board (LPPR), Tan Sri Abu Zahar Ujang at a news conference on the share ownership allegation involving the Chief Commissioner of the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC), Tan Sri Azam Baki at the Headquarters of MACC in Putrajaya. PIX: MOHD ADZLAN / MalaysiaGazette / 11 JANUARI 2022.
The Chairman of Anti-Corruption Advisory Board (LPPR), Tan Sri Abu Zahar Ujang at a news conference on the share ownership allegation involving the Chief Commissioner of the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC), Tan Sri Azam Baki at the Headquarters of MACC in Putrajaya. PIX: MOHD ADZLAN / MalaysiaGazette / 11 JANUARI 2022. Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR), Tan Sri Abu Zahar Ujang bercakap dalam sidang media berkaitan isu Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Putrajaya. Foto MOHD ADZLAN, 11 JANUARI 2022.

PUTRAJAYA – Siasatan berkait dakwaan salah laku Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki masih terbuka untuk diteruskan oleh mana-mana agensi penguat kuasa.

Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR), Tan Sri Abu Zahar Ujang turut memberi jaminan beliau dan anggota LPPRĀ  lain tidak berhasrat untuk menghalang siasatan lanjut itu dilaksanakan.

“Malah (siasatan lanjut) adalah digalakkan atas konsep kedaulatan undang-undang supaya nama baik dan integriti SPRM akan sentiasa berada pada tahap tertinggi menurut lunas undang-undang,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Abu Zahar berkata, beliau sememangnya sedar dan tahu LPPR tidak mempunyai kuasa untuk melakukan siasatan sendiri berkaitan apa-apa salah laku jenayah terhadap mana-mana pegawai SPRM cuma mempunyai kuasa memberi pandangan dan cadangan tentang cara siasatan wajar dilakukan dalam keadaan-keadaan tertentu selari dengan peruntukan Seksyen 13(5)(a) Akta 694.

Katanya, pandangan dan cadangan LPPR itu boleh didapati dengan nyata secara khususnya di mukasurat 6 (ii) dan (iii) di sana (kenyataan media pada sidang media 5 Janruari), di mana tidak diniatkan mahupun dihasratkan untuk menghalang satu siasatan menyeluruh oleh mana-mana agensi kerajaan yang berkuasa dan bebas untuk melakukan siasatan rasmi berkaitan ‘alegasi salah laku’ terhadap Azam itu.

Dalam pada itu Abu Zahar menuding jari kepada media dan mendakwa tidak melaporkan secara menyeluruh berhubung sidang media yang diadakan pada 5 Januari lepas sehingga menyumbang salah tanggapan dalam kalangan masyarakat.

Katanya, terdapat pelbagai isu selain isu berkaitan “alegasi salah laku” terhadap Azam yang telah diberi pandangan dan pendapat LPPR, tetapi tidak disentuh dan dilaporkan media.

“Saya perlu untuk keluarkan kenyataan media ini untuk meletakkan beberapa perkara berhubung sidang media yang diadakan pada 5 Januari lalu dalam perspektif yang betul dan tepat sepertimana ianya telah dihasratkan.

“Namun, malangnya telah memberikan gambaran yang tidak tepat kepada masyarakat awam yang mengikuti laporan media berkaitan,” tambahnya. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Abu Zahar sedia disiasat ekoran isu saham Azam