KOLKATA – Biarpun Kes Covid-19 semakin meningkat, tetapi kira-kira sejuta penganut Hindu dijangka berkumpul di tebing Sungai Ganges pada hari Jumaat dan Sabtu ini untuk melakukan upacara mandi.
Acara itu bagi menyambut hari penting penganut Hindu, Makar Sankranti yang diraikan pada 14 Januari setiap tahun.
Setakat ini, 10,000 orang sudah berada di negeri Maharashtra, di Benggala Barat yang merekodkan kes Covid -19 yang paling tinggi.
Para doktor telah merayu kepada Mahkamah Tinggi Negeri untuk membatalkan kebenaran menyambut festival ini kerana bimbang acara ini akan menjadi ‘penyebaran besar-besaran’ virus Covid-19.
India melaporkan 168,063 jangkitan kes Covid-19 pada hari Selasa dan ini merupakan peningkatan dua kali ganda disebabkan saringan Covid-19 yang kurang dijalankan.
Negara ini juga mencatatkan kes koronavirus tertinggi di dunia selepas Amerika Syarikat dengan jumlah 35.88 juta dan kes kematian 484,213 setakat pada hari Isnin lalu.
“Jumlah orang akan meningkat lagi dari 800,000 kepada sejuta dan kami akan mencuba mengawal dan akan memastikan SOP (prosedur operasi standard) dipatuhi dengan tepat.
”Kami juga telah mengaturkan percikan air tetapi ada juga orang yang ingin mandi dalam sungai ganges dan kita tidak boleh menghalang mereka,” kata Menteri Benggala Barat, Bankim Chandra Hazra. – CNA NEWS