SINGAPURA – Kadar pekerja wanita warganegara Singapura meningkat daripada 54 peratus pada tahun 2010 kepada 57.7 peratus tahun 2020.
Ia menjadikan negara itui berada pada kedudukan yang baik berbanding negara-negara Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD), kata Menteri Negara Tenaga Manusia, Gan Siow Huang.
Penglibatan wanita dalam profesional seperti, pengurus, eksekutif dan juruteknik telah meningkat dari 41.1 peratus kepada 45.6 peratus manakala sektor pekerjaan seperti sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik meningkat dari 29.9 peratus kepada 32.4 peratus dari tahun 2015 hingga 2020.
“Kami sedang memerhati lebih ramai wanita menyertai sektor pertumbuhan seperti maklumat dan komunikasi, perkhidmatan kewangan, dan perkhidmatan kesihatan dan sosial di mana wanita turut menunjukan penglibatan mereka dalam banyak bidang,” katanya seperti laporan agensi berita.- Agensi