Home Nasional Pelajar maut dirempuh dalam perjalanan ke sekolah

Pelajar maut dirempuh dalam perjalanan ke sekolah

Penunggang motosikal maut di tempat kejadian menunggang motosikal maut di tempat kejadian selepas dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda di Kilometer 23, Jalan Lipis – Merapoh, Kechau, Lipis hari ini.

KUANTAN – Seorang pelajar pra universiti maut selepas motosikal yang ditunggangnya dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda di Kilometer 23, Jalan Lipis-Merapoh, Kechau, Lipis hari ini.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superitendan Azli Mohd Noor berkata, kejadian berlaku pada pukul 7.51 pagi di mana mangsa merupakan penuntut Sekolah Menengah Agama (SMA) Padang Tengku, Lipis.

Mangsa, Ahmad Majidi Eswady, 19, mengalami kecederaan parah meninggal dunia di tempat kejadian.

“Hasil siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila pemandu Mithubishi Triton yang datang dari arah Lipis-Merapoh dalam perjalanan ke tempat kerja di kilang kayu, Kechau.

“Apabila sampai di tempat kejadian, kenderaan gagal dikawal lalu masuk ke laluan bertentangan dan pandangannya agak terhad disebabkan keadaan berkabus sebelum merempuh motosikal ditunggangi mangsa,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Jelas Azli, kenderaan itu melanggar bahagian hadapan motosikal mangsa yang dalam perjalanan ke sekolah.

Manakala pemandu kenderaan pacuan roda mengalami kecederaan di kepala serta kaki kanan dan menerima rawatan lanjut di wad kecemasan di Hospital Lipis.

“Poses bedah siasat penunggang itu akan dilakukan selepas keputusan ujian calitan Covid-19 diperoleh. Kes masih dalam sisatan dan disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan sampel dan air kencing pemandu diambil menguji bagi tahap alkohol,” katanya.

Azli berharap semua pengguna jalan raya berhati-hati ketika melalui kawasan berkabus tebal kerana boleh mengehadkan pandangan yang mengakibatkan berlaku kemalangan. – MalaysiaGazette