Home Sukan Coman sambung kontrak bersama Bayern hingga 2027

Coman sambung kontrak bersama Bayern hingga 2027

Kingsley Coman. BBC Sport.com

LONDON – Pemain Perancis, Kingsley Coman menandatangani perlanjutan kontrak bersama Bayern Munich untuk kekal bersama kelab Bundesliga itu sehingga 2027.

Kontrak pemain berusia 25 tahun itu akan tamat pada Jun 2023.

Coman menyertai Bayern dari Juventus pada 2017 selepas dipinjamkan selama dua musim.

Beliau melakukan 104 penampilan untuk Bayern dan menjaringkan 21 gol termasuk gol pada final Liga Juara-Juara Eropah menentang Paris Saint Germain.

“Saya gembira kerana dapat bertahan selama dua musim bersama FC Bayern, salah sebuah kelab terbesar di dunia.

“Saya juga sedar kita mempunyai banyak peluang dan visi bersama kelab ni.

“Segalanya sempurna dalam kelab ini, tahun terbaik saya sebagai pemain bola sepak profesional masih bersama kelab ini,” katanya dalam kenyataan. – BBC Sport.com