TORONTO – Pelajar di wilayah terbesar Kanada akan kembali ke sekolah pada Isnin ini dengan guru serta kakitangan dibekalkan topeng muka N95.
Kerajaan wilayah itu berkata, pada awal bulan ini pembelajaran dalam talian akan berjalan sehingga sekurang-kurangnya 17 Januari kerana lonjakan jangkitan varian omicron coronavirus.
Pelajar Ontario telah menghabiskan lebih banyak masa belajar dalam talian semasa wabak berbanding rakan sebaya mereka di tempat lain di Kanada dan Amerika Syarikat (A.S).
Menurut laporan ABC News, Menteri Pendidikan Ontario, Stephen Lecce mengesahkan pelajar akan kembali ke bilik darjah pada Isnin ini selepas laporan muncul awal minggu ini.
Pelajar dan kakitangan di sekolah Ontario masing-masing perlu menjalani dua ujian pantas sekiranya mereka mengalami gejala Covid-19.
Pegawai itu berkata, ibu bapa tidak akan dimaklumkan tentang wabak di sekolah anak mereka sehingga terdapat 30% kadar ketidakhadiran dalam kalangan kakitangan dan pelajar.
Kerajaan kemudian menjelaskan bahawa mulai 24 Januari, kiraan kes harian di sekolah akan tersedia dalam talian dan ibu bapa akan dimaklumkan melalui e-mel hanya jika sekolah melebihi 30% ketidakhadiran. – ABC News