KUALA LUMPUR – Rezeki berganda terus menjadi milik ‘Abang Viva’ atau nama sebenarnya Azwan Omar apabila dihadiahkan pula Mitsubishi Triton.
Sebelum ini, dia dihadiahkan sebuah motosikal jenis Yamaha XJ6S oleh seorang individu misteri.
Kenderaan pacuan empat rodaan itu dihadiahkan oleh seorang usahawan kosmetik, Wan Siti Aisyah Wan Hasan yang dikenali Sha Hasan.
Berita baik itu dikongsikan melalui satu hantaran di Facebook milik usahawan kosmetik tersebut.
Pada masa sama, ‘Abang Viva’ itu turut membuat sesi Facebook Live dengan kehadiran Sha Hasan dan suaminya ketika menyerahkan kenderaan 4X4 itu di rumahnya.
Ketika penyerahan itu, turut kelihatan kedua ibu bapa Azwan menangis kesyukuran kerana anak mereka dikejutkan dengan hadiah yang langsung tidak disangka. – MalaysiaGazette
Ni semua gila glamour dan nak menumpang promosi jualan…