KOTA BHARU – Kerajaan Persekutuan telah menyalurkan RM400 juta wang hasil petroleum kepada kerajaan negeri Kelantan sejak dua tahun lalu.
Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata pembayaran itu diberikan secara langsung kepada kerajaan negeri, berdasarkan lima peratus hasil petroleum negeri terbabit.
“Bagi tahun lalu kita salurkan RM200 juta dan tahun 2020 juga RM200 juta.
Mengulas lanjut, Tengku Zafrul berkata jumlah pembayaran yang disalurkan ini meningkat berlipat kali ganda berbanding pada tahun 2019 dengan jumlah yang diberikan sebanyak RM28 juta.
Turut hadir Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob dan Timbalan Menteri Besar Datuk Mohd Amar Abdullah.
Antara projek berkenaan termasuk pembinaan jambatan Palekbang membabitkan kos RM250 juta, projek mesra rakyat (RM102 juta) dan pembesaran Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) berjumlah RM483 juta.
“Peruntukan meningkat tahun ini berbanding tahun lalu disebabkan jumlah projek juga meningkat, yang mana projek pembangunan ini merangkumi projek lama dan baharu,” katanya.
— BERNAMA