Home Politik Positif dadah: Bersatu cabar DAP ambil tindakan tegas

Positif dadah: Bersatu cabar DAP ambil tindakan tegas

KUALA LUMPUR – Penjelasan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Bedamar, Terrence Naidu bahawa minumannya telah dimasukkan dadah tidak akan mengubah apa-apa pandangan masyarakat terhadap beliau.

Ahli Jawatankuasa Biro Penerangan Bersatu Nasional, Mohamad Shafiq Abdul Halim berkata, perkara itu tidak mungkin berlaku sekiranya beliau menjaga etika sebagai wakil rakyat.

“Sebagai pemimpin masyarakat, beliau tidak sewenang-wenangnya pergi ke pusat hiburan, kelab malam atau karaoke untuk meminum minuman keras bersama rakan-rakan.

“Di mana moral beliau sebagai seorang pemimpin yang sepatutnya memberi contoh dan teladan baik kepada masyarakat,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Artikel berkaitan:

Sebelum ini, ADUN dari Perak itu dilaporkan ditahan polis dalam satu serbuan di sebuah pusat hiburan di Perai, Khamis lalu kerana disyaki positif dadah.

Mohamad Shafiq berkata, tidak hairan jika DAP begitu prihatin ke atas jualan minuman keras khususnya penjualan arak beralkohol tinggi (liquor) sebelum ini.

“Ini kerana tabiat berfoya-foya di pusat hiburan dan kelab malam menjadi amalan pimpinan mereka yang memberi contoh teladan dan nilai moral yang tidak baik kepada masyarakat.

“Kita cabar DAP mengambil tindakan tegas ke atas ADUN Pasir Bedamar jika mereka benar-benar mementingkan integriti, ketelusan dan ke bertanggungjawaban seorang pemimpin,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. tunggu komen anwar mahfuz omar khalid samad mat sabu hanifa maidin mujahid dalam pertahankan rakan kongsi kesayangan mereka DAPIGS

Comments are closed.