Home Politik ADUN nafi lakukan gangguan seksual, anggap ia serangan politik

ADUN nafi lakukan gangguan seksual, anggap ia serangan politik

Ahli Dewan Undangan (ADUN) di negeri ini yang didakwa telah melakukan gangguan seksual terhadap seorang wanita muda menyifatkan dakwaan itu sebagai serangan politik terhadap dirinya.- Gambar hiasan.

JOHOR BAHRU – Ahli Dewan Undangan (ADUN) di negeri ini yang didakwa telah melakukan gangguan seksual terhadap seorang wanita muda menyifatkan dakwaan itu sebagai serangan politik terhadap dirinya.

Wakil rakyat  yang dihubungi mengakui mengenali Ahli Jawatankuasa Srikandi (AJK) Bersatu Kota Tinggi itu sejak setahun lalu.

“Saya maklum perkara itu (dakwaan gangguan seksual) bagi saya ruang berbincang dengan peguam saya kemudian saya akan beritahu bagaimana.

“Saya minta maaf. Bagi saya bercakap dengan peguam saya dahulu,” katanya ketika diminta mengulas mengenai laporan wanita yang didakwa berkali-kali diganggu secara seksual olehnyal  sejak awal Januari lalu.

Dalam laporan polis yang dibuat wanita berusia 25 tahun itu hari ini mendakwa, kejadian pertama pada 2 Januari lalu di mana ahli politik berkenaan cuba memegang tangan kanan dan pahanya.

Kejadian sama turut berulang ketika dalam perjalanan pulang dari Kuala Sedili ke Kota Tinggi di mana mangsa dikatakan diraba di payudara dan memegang paha kirinya namun mangsa cuba menepis dan hanya berdiam diri kerana takut.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

AJK Srikandi Bersatu Kota Tinggi dakwa diraba ADUN