MADRID – Lima maut dan beberapa lagi cedera dalam kebakaran di sebuah rumah jagaan pada tengah malam Selasa sehingga pagi Rabu di Valencia, timur Sepanyol, lapor media tempatan.
Menurut ciapan twitter anggota bomba tempatan, kebakaran berlaku kira-kira jam 11.21 malam Selasa menyebabkan 70 penduduk terpaksa dipindahkan.
Anggota bomba telah mengesahkan lima kematian manakala 11 orang dibawa ke hospital kerana terhidu asap, lapor agensi berita Xinhua.
Ketika bomba tiba di kediaman itu, api telah marak sepenuhnya dan menjejaskan satu sayap bangunan, lapor agensi berita Sepanyol, EFE.
Menurut media tempatan, siasatan awal menunjukkan bahawa litar pintas dalam unit oksigen mungkin menjadi punca kebakaran. – Xinhua