Home Nasional Kalau orang lain boleh, kenapa saya tak? – Najib

Kalau orang lain boleh, kenapa saya tak? – Najib

Najib yang memuatnaik gambar beberapa pemimpin antaranya bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang memakai ponnadai (kain), Presiden Pas, Tan Sri Addul Hadi Awang, Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tan Sri Muhyiddin Yassin turut berbuat perkara sama tetapi tidak pula dikritik.- FB Najib.

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini mempersoalkan tindakan beberapa pihak yang tidak puas hati dengan pemakaiannya ketika mengadakan kunjungan sempena perayaan Thaipusam di Batu Caves baru-baru ini.

Najib yang memuatnaik gambar beberapa pemimpin antaranya bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang memakai ponnadai (kain), Presiden Pas, Tan Sri Addul Hadi Awang, Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tan Sri Muhyiddin Yassin turut berbuat perkara sama tetapi tidak pula dikritik.

“Saya difahamkan, ada usaha dari pihak sebelah sana untuk kecam saya dengan propaganda sentimen agama berhubung pakaian saya semasa kunjungan ke sambutan Thaipusam di Batu Caves dua hari lalu.

“Tapi saya tak faham kenapa orang lain boleh tapi Najib tak boleh pulak,” katanya di Facebook hari ini.

Pada Selasa lalu, Najib yang berpakaian tradisional masyarakat India, vesti ketika mengunjungi Batu Caves.

Semalam, Jawatankuasa Pimpinan Parti Amanah Negara (Amanah) Nasional, Faiz Fadzil mempersoalkan sikap membisu Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Idris Ahmad yang tidak mengeluarkan sebarang penjelasan mengenai kedudukan hukum syarak berkaitan kehadiran Najib ke kuil di Batu Caves.

Malah Faiz berkata, perayaan Thaipusam dianggap sebagai perayaan keagamaan (agama Hindu) dan bukan satu perayaan kebudayaan kaum India. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Kalau ketika jadi pm ataau orang kuat negara tak apa lah pergi sebagai kunjungan hormat sesama rakyat dalam negara.
    Tapi tak sesuai lah bila jadi banduan p’ergi situ . Seolah ada tujuan nak minta tolong dewa murugam bebaskan dari penjara .
    Dah tinggal islam dah ke sekarang ni .

Comments are closed.