KUALA LUMPUR – Pelakon yang sudah lama menyepikan diri dalam industri seni, Diana Amir mengakui kini sudah berniqab.
NamunĀ beliau segan untuk mengumumkan secara rasmi dan mengulas lebih lanjut tentang penghijrahannya itu.
Sebaliknya pemilik nama Burdiyana Amir Hashim hanya menyifatkan perubahannya adalah usahanya untuk terus mendekatkan diri dengan agama.
Beliau turut memohon agar peminat dan sahabat-sahabatnya mendoakan agar perubahannya ini terus berkekalan.
“Sebenarnya saya segan nak kupas isu niqab ini, kalau ada orang tanya saya hanya minta mereka doakan saya.
“Jadi mohon sahabat-sahabat yang berhati mulia doakanlah saya yang banyak lagi nak belajar ni diberi kefakihan agama, taufiq dan hidayah daripada Allah SWT, Amin Ya Mujib,” tulisnya di Instagram.
Menjengah ke ruangan Instagramnya,beliau kelihatan memuat naik gambar pertama memakai niqab pada sekitar Oktober 2021.
Diana, 36, mula berhijab pada tahun 2011 selepas mendedahkan beberapa kali bermimpi tentang hari kiamat.-MalaysiaGazette