Home Utama Media berkumpul di IJN pantau keadaan terkini Tun Mahathir

Media berkumpul di IJN pantau keadaan terkini Tun Mahathir

Pengamal media berkumpul menunggu perkembangan terkini keadaan kesihatan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 22 JANUARI 2022.

KUALA LUMPUR – Pengamal media dalam dan luar negara kini memenuhi perkarangan Institut Jantung Negara bagi mendapatkan perkembangan terkini keadaan kesihatan Tun Dr Mahathir Mohamad yang dilaporkan dimasukkan semula ke pusat perubatan itu hari ini.

Bekas Perdana Menteri itu dilaporkan dirawat di Unit Rawatan Koronari (CCU), di IJN.

Sejak awal pagi tadi tersebar berita bekas perdana menteri itu dirawat semula di IJN selepas dibenarkan keluar pada 13 Januari lalu.

Tinjauan MalaysiaGazette mendapati kenderaan dipercayai membawa orang kenamaan dari Istana Negara turut berada di perkarangan IJN.

Turut kelihatan beberapa kenderaan rasmi jabatan kerajaan.

Berita lanjut menyusul. – MalaysiaGazette