KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tiba ke Institut Jantung Negara (IJN) sekitar pukul 5.30 petang ini bagi melawat bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Beliau sempat melambai kepada pengamal media dari dalam kereta MPV Vellfire berwarna putih dan keluar dari IJN selepas setengah jam kira-kira pukul 6 petang.
Rata-rata media ‘berkampung’ di IJN bagi mengetahui perkembangan kesihatan Dr. Mahathir.
Setakat ini, media hanya diberitahu akan ada kenyataan rasmi dari IJN pada bila-bila masa berkaitan keadaan terkini kesihatan Ahli Parlimen Langkawi itu.
Terdahulu Dr. Mahathir telah dimasukkan ke IJN selepas keadaan kesihatan sedikit merosot.
Namun belum ada sebarang kenyataan rasmi dari pihak berwajib berkaitan negarawan berusia 97 tahun yang juga merupakan Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang).
Untuk makluman, Dr. Mahathir pernah dimasukkan ke IJN untuk kali kedua pada 7 Januari lalu bagi menjalani prosedur perubatan elektif di situ.
Sebelum itu pada 16 Disember lalu, Mahathir turut dimasukkan ke IJN buat kali pertama bagi menjalani pemeriksaan kesihatan dan dibenarkan keluar hospital kira-kira lapan hari kemudiannya.
Berita lanjut menyusul. – MalaysiaGazette
ARTIKEL BERKAITAN: