Home Nasional Muhyiddin ajak rakyat doakan kesihatan Tun M, urusan rawatan dipermudahkan

Muhyiddin ajak rakyat doakan kesihatan Tun M, urusan rawatan dipermudahkan

Mahathir Mohamad
Tun Dr. Mahathir Mohamad. foto SYAFIQ AMBAK, 25 JUN 2018

KUALA LUMPUR – Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) mendoakan agar Tun Dr Mahathir Mohamad yang kini dirawat di Unit Rawatan Koronari (CCU), Institut Jantung Negara (IJN) kembali sihat.

Dalam masa yang sama Tan Sri Muhyiddin Yassin turut mengajak agar semua rakyat mendoakan agar urusan rawatan Dr Mahathir dipermudahkan.

“Marilah kita sama-sama berdoa agar urusan rawatan Tun Dr. Mahathir dipermudahkan dan beliau diberi kesembuhan dan kesihatan,” tulisnya menerusi akaun Instagramnya, hari ini.

Semalam, Dr M menjadi tumpuan selepas tersebar berita tentang bekas Perdana Menteri itu dimasukkan ke IJN.

Anak perempuannya, Datin Marina Mahathir dalam satu kenyataan yang mengesahkan perkara itu berkata, keadaan bapanya stabil selepas menerima rawatan lanjut prosedur elektif pada 8 Januari lepas. – MalaysiaGazette