KUALA LUMPUR – Mohamad Sabu menyifatkan negara umpama tidak mempunyai kerajaan ketika banjir besar melanda Lembah Klang pada akhir tahun lalu.
Presiden Parti Amanah Negara (PAN) itu mendakwa Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) gagal berfungsi.
“Lebih mendukacitakan apabila kita seperti tidak mempunyai kerajaan apabila Nadma yang sepatutnya mengkoordinasikan bantuan tidak tahu fungsi mereka dan saling salah menyalahkan satu sama lain menyebabkan bantuan lambat,” katanya ketika berucap dalam Konvensyen Nasional 2021 Parti Amanah Rakyat.
Konvensyen hari ini diadakan selepas penangguhan konvensyen yang sepatutnya berlangsung pada 19 Disember lalu akibat banjir besar di seluruh negara.
Kegagalan Nadma itu, kata Mohamad menyebabkan rakyat kehilangan harta benda, perniagaan pihak swasta kerugian dan kerosakan infrastruktur awam pastinya menelan berbilion ringgit.
Tambahan pula, banjir besar itu berlaku di nadi Lembah Klang yang menempatkan pelbagai industri, perhotelan, institut pengajian tinggi yang begitu banyak dan pusat ekonomi.
“Ini semua menuntut dibaiki pulih segera, diberi bantuan segera dengan adil,” katanya sambil menyifatkan bencana berterusan susulan Covid-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan memberi impak kepada mental rakyat. – MalaysiaGazette
PANkhianat SELANGOR selalu dabik dada….kami SELANGOR kerajaan TERkaya DAN hebat
….jangan BESARKAN isu COVID MASA 22 BULAN…dr zul…akhirnya jadi JUARA COVID 2 TAHUN….GAGALL masalah AIR MENTAH TERAWAT setiap BULAN….ALLAH beri air melimPAH LIMPAH