Home Politik PAN, PH perlu ubah strategi hadapi PRN Johor

PAN, PH perlu ubah strategi hadapi PRN Johor

Mohamad Sabu

KUALA LUMPUR – Mohamad Sabu mendakwa tiada parti politik termasuk Pakatan Harapan (PH) berada dalam posisi selesa untuk mendapat kemenangan dalam Pilihan Raya Umum Ke-15.

Namun, jika PH berjaya menampilkan diri sebagai pembela rakyat, sedia untuk berubah penampilan, persembahan dan berbekalkan rekod cemerlang pemerintahan, maka tidak mustahil pakatan pembangkang akan dipilih sekali lagi oleh rakyat.

Presiden Parti Amanah Negara (PAN) itu mengakui PH hilang sifat keterbukaan dan kesanggupan untuk memperbanyakkan rakan bagi menjayakan gagasan ‘Khemah Besar’ hingga menyebabkan prestasi buruk dalam keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Sarawak.

Oleh itu, Mohamad Sabu berkata, parti itu dan PH mesti berani membuat perubahan demi kesinambungan perjuangan mereka.

”Gagasan “Khemah Besar” atau ‘Big Tent’ tidak wajar hanya slogan. Idea dan pendekatan baik ini perlukan pengisian dan pelan tindakan yang berkesan. Hakikatnya, gagasan dan pendekatan inilah yang menjayakan usaha kita semasa PRU ke-14!,” katanya dalam Pidato Presiden sempena Konvensyen 2021 PAN.

Lantaran itu, Mohamad menyifatkan konvensyen hari ini sangat penting untuk melontarkan idea dan bermesyuarah bagi mengukuh dan memperbaiki strategi agar parti tersebut dan PN memperolehi kemenangan dalam Pilihan Raya Negeri Johor yang akan datang.

Beliau optimis PAN dan PH yang bermula sebagai parti pembangkang dan mendapat tempat di hati rakyat serta mempunyai pengalaman menjadi
kerajaan mempunyai kelebihan tersendiri.

Jelasnya, walaupun PAN tidak setuju PRN Johor ini diadakan, namun terpaksa menghadapi dan memanfaatkannya dengan merangka dan menguji strategi dan
pendekatan yang lebih mampu menjamin kemenangan supaya membantu menetapkan strategi dan pendekatan yang berkesan untuk hadapi PRU ke-15.

”Walau apapun keputusan PRN Johor, kita akan memasuki pilihan raya umum ke 15 dalam suasana yang tidak menentu. Jumlah pengundi baru khususnya undi 18 yang akan melonjak naik di setiap kerusi dan hampir kesemua parti politik sudah merasa menjadi kerajaan.

”Yang penting kesediaan kita untuk terus bekerjasama dengan semua pihak khususnya gabungan Pakatan Harapan dan parti-parti pembangkang yang lain, maka satu gagasan besar yang lebih meyakinkan perlu kita tawarkan kepada rakyat agar kita mendapat tempat di hati pengundi,” tambahnya. – MalaysiaGazett

1 Komen

  1. ANWAR IBRAHIM MAT SABU KHALID SAMAD and the GENG BOLEH BERTANDING PRN JOHOR mereka semua JAGOAN dipujs puji ramai

Comments are closed.