BANGKOK – Seorang warga Britain berusia 49 tahun ditemui mati di rumahnya di barat Thailand dengan kesan luka kesan senjata tajam.
Berikutan itu, seorang suspek warga Thailand ditahan, kata polis hari ini.
Seorang lagi lelaki warga Britain, 55, mengalami kecederaan dan kini berada di hospital, kata polis di wilayah Kanchanaburi.
Menurut siasatan awal polis, seorang lelaki warga Thailand disyaki menyerang kedua-dua mangsa menggunakan sabit kerana minum minuman keras dan memainkan muzik dengan kuat, lapor Reuters.
Polis dan pegawai forensik sedang mengumpul bukti dan senjata di tempat kejadian.
Media tempatan berkata, suspek mempunyai sejarah masalah kesihatan mental. – Reuters